Tuesday, September 8, 2009

Laporan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H

Alhamdulillah, majlis yang disambut untuk memperingati dan meneladani sirah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. berjaya diadakan pada 26 Mac 2009. Alhamdulillah, majlis ini telah dihadiri oleh kebanyakan pekerja dan staf dari semua jabatan. Majlis bermula pada jam 5.00 petang dengan solat Asar berjemaah, diikuti berselawat beramai-ramai yang diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Murni. Penasihat Syariah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Murni yang menyentuh langsung aspek-aspek akhlak dan perjuangan Rasulullah S.A.W. yang sememangnya harus dicontohi dan diteladani sepanjang zaman. Majlsi berakhir sekitar jam 6.30 petang selepas jamuan ringan.




No comments:

Post a Comment